Labbaikallah humma labbaik...
Allah, rindunya nak bertandang ke rumah Allah lagi..
Sedikit cerita umrah Jun, Dec 2014
------------------------------
Masa bulan dec kebiasaannya adalah musim sejuk. Suasana di Madinah sangat nyaman suhu rendah ala2 cameron highland dan angin bertiup kuat. Tp di Mekah biasa2 macam di Malaysia je.
Saya pergi Umrah melalui pakej eiman travel under syarikat milik ustaz zawawi jusoh. Mmg best pergi umrah bersama Eiman Travel ni adalah kerana HOTEL di Madinah dan Mekah sangat dekat. Jadi mudah nak ulang alik ke masjid.
Bak kata ustaz..kalau malas nak jalan..keluar pintu..golek-golek dah sampai ke perkarangan masjid (lawak je) Tp mmg DEKATTTT sangat 80meter je. Ada org kata x apa dok jauh dpt pahala langkah ke masjid lebih banyak kan.. Hehe..tp last2 solat dalam bilik je..dek kerana x larat nak menapak.RUGI RUGI
Nak tanya keseronokannya tu saya pun tak boleh nak gambarkan memang sangat seronok semasa berada di bumi Haramain ni. Kalau sebelum pergi risau kat anak-anak yang ditinggalkan.Tp bila sampai sana hati jadi tenang dan lapang.Sedikit pun tak risau anak-anak di Malaysia seolah Allah berbisik." Tak apa Allah jaga".
Satu lagi best pergi dengan Eiman Travel ni kita sentiasa diberi 'Makanan Rohani' Jiwa yang lapar diisi sekenyang-kenyangnya oleh al fadhil ustaz dengan slot slot ceramah dan motivasi berkomputer lagi tu.Mmg impak dia lepas balik dr kota suci sangat lah mengagumkan. Anda seolah bertukar jadi orang lain.Lebih dekat dengan Allah.Lebih kenal dan cintakan Nabi SAW. Feel ini sangat sangat best!!
Masa ceramah..sediakan lah tisu..kompom bergenang dan menangis tanpa segan silu.Allah..tak boleh lupa betul.Kalau pergi suami isteri atau dengan keluarga lagi lah menderu-deru keinsafan dan keakraban kita sesama famili pun bertambah juga. Nangis tak usah cakap lah..baik lelaki baik wanita..semua seolah mendapat sinar baru..
Nanti den sambung lagi cerita di masjid nabawi,ziarah dan di masjidil haram ye..
Anda berangan-angan nak jejak kaki ke sana silakan berangan..smbl berdoa..insyallah Allah akan kabulkan percaya lah..sy tak pernah terpikir Mampu jejak kaki ke sana. Tp akhirnya dengan izin Allah.. Dia jemput saya seakan VVIP. Subhanallah
Follow saya..
Nak saya uruskan dengan Eiman Travel pun boleh..saya agen Eiman Travel dan Kamceng dengan ustaz Zawawi wink emoticon